Friday, December 10, 2010

Bunga Raya..

Aduhai bunga raya..
aku tidak boleh hidup tanpa kau sebab,dalam syiling kau ada,dalam duit kertas pun kau ada..
kau mendekat atau aku yang mendekat?
Alahai bunga raya,kalau kau tiada bagaimana hendak jalan,bagaimana hendak beli makan,bagaimana hendak beli tali gitar yang putus,bagaimana hendak tengok movie di pawagam sambil duduk makan popcorn tepi pintu masuk kalau kau tidak lagi tidur di dalam kad pengenalan aku..
Bunga..bunga..
Kau mahu tukar jadi bunga lain di sebabkan aku manusia kau tumbuhan?
janganlah bunga..
kalau kau boleh bercakap konfom kau cakap yang kita ni berlainan 'unsur'.aku tanah,kau hidup dari air..
alahai bunga..
bukankah kau sebahagian dari hidup aku sekarang bunga..oo bunga raya..

Bunga raya,kau mesti terus menempel di kad pengenalan aku dan duit aku,ok?
kalau kau boleh pecahkan 'unsur' tu kau pecahkanlah,kalaupun tidak boleh aku tidak akan paksa..
orait bunga raya..

Bunga Raya,Bunga Raya,Bunga Raya...

No comments:

Post a Comment