Monday, April 11, 2011

biasa saja~

eheii..lama xberbahasa di sini..
rindu la plak cehh..
orait apa kata cerita sajak?wuii best2..
buatla sajak kawan2,buat sajak menjanjikan kepuasan.uhh puas2..

buat sajak biarla dari hati,jangan sekadar terikut2 dgn bait2 sajak org lain..wui,'bait2'..bole tahan..
bukan hanya sajak,dlm apa2 pn buatla dari hati..
itu kan salah satu proses mengenal diri sendiri.buat dari hati ok..

'hingga menyentuh rasa
maafkan semua salah yang hinggap
di hatimu..masih aku di sini..
kelak tak sempurna terang tak
bercahaya membaluti hatiku'..
sajak ni sajak aku buat bulan lepas..aiseyy..
penghargaan untuk lecturer sebenarnya.
ibarat spiderman yg kehilangan arah, aku pun buat la sajak ni..

ei kawan2..bila 'melontarkan' sajak,lontarkan dengan perasaan..hayati..
klu buat sajak tanpa mghayati,ibarat ayam KFC tanpa ramuan..krennggg...
berbicara dengan kata pun sudah..simpulkan sajak melalui :

masukkan sedikit perasaan,tempelkan pada ayat,lagukan dengan tenang,
dengarkan dengan MATA,lihatla dengan TELINGA..

kalau ada yang kata sajak mu indah,katakan biasa saja :)


Tuesday, February 1, 2011

Friday, December 10, 2010

Bunga Raya..

Aduhai bunga raya..
aku tidak boleh hidup tanpa kau sebab,dalam syiling kau ada,dalam duit kertas pun kau ada..
kau mendekat atau aku yang mendekat?
Alahai bunga raya,kalau kau tiada bagaimana hendak jalan,bagaimana hendak beli makan,bagaimana hendak beli tali gitar yang putus,bagaimana hendak tengok movie di pawagam sambil duduk makan popcorn tepi pintu masuk kalau kau tidak lagi tidur di dalam kad pengenalan aku..
Bunga..bunga..
Kau mahu tukar jadi bunga lain di sebabkan aku manusia kau tumbuhan?
janganlah bunga..
kalau kau boleh bercakap konfom kau cakap yang kita ni berlainan 'unsur'.aku tanah,kau hidup dari air..
alahai bunga..
bukankah kau sebahagian dari hidup aku sekarang bunga..oo bunga raya..

Bunga raya,kau mesti terus menempel di kad pengenalan aku dan duit aku,ok?
kalau kau boleh pecahkan 'unsur' tu kau pecahkanlah,kalaupun tidak boleh aku tidak akan paksa..
orait bunga raya..

Bunga Raya,Bunga Raya,Bunga Raya...

Sunday, December 5, 2010

Untaian erti makna..

Antara lirik yang aku suka dengar,oleh gitaris so7,eross chandra(mastermind)..

-Akhirnya aku menemukanmu,saat ku bergelut dengan waktu(hingga ujung waktu)
-Aku tak pernah mengharap kau tuk kembali saat kau temukan duniamu(waktu yg tepat tuk berpisah)
-Percayalah kau tak aku sesali(mantan kekasih)
-Walau terikat rasa hina(Kita)
-Sesaat tersenyum dan kau pun lalu terdiam(Tanyaku)
-Nafas terakhir perjuangan kita,akhiri dengan nada yang indah(Last pretence)
-Mencari tahu akhir jalan ku(Terjamah yang lain)
-Kita isi makna indahnya hari ini(Tunjukkan padaku)
-Begitu banyak lagu yang tercipta untukmu(Penjantan tangguh)
-Kebodohan ini harus segera diakhiri(generasi patah hati)
-Berbicara pada dinding kamar(ketidakwarasan padaku)
-Ku bekerja siang dan malam agar isteri ku bahagia(Pendosa)
-Lalu apa lagi,yang harus ku katakan saat dia berjanji akan mencintai aku untuk selama-lamanya(Jgn beritahu    Niah)
-Khaylila yang mungil(Khaylila)
-Sesal tak kan ada erti(Yang terlewatkan)
-Di balik senyum palsu(Betapa)
-Ku jatuh tanpa ujung(Jalan keluar)
-Ku bilang'kau tak berhak tanyakan hidupku'(Mudah Saja)
-Menepis sejenak denganku(Alasanku)
-Mohon tuhan untuk kali ini saja(Hari bersamanya)

Dalam buat lagu pun aku banyak dipengaruhi oleh so7..
Eross bagi aku memang seorang yang hebat dalam mencipta lagu dan lirik..
huh..!

Monday, November 22, 2010

Sedalam mana kau tahu..

Ok sedalam mana kau tahu..
antara lagu yg penuh emosi,penuh pengaruh dari dalam hati dan sekeliling.
1 ketika aku campurkan emosi,pengalaman dan pengaruh sekeliling.
1 ketika fantasi pun ada.

Lagu ni antara lagu yang paling cepat siap..
idea dari segi hala tuju melodi, lirik & macam2 lagi dtg mencurah2 sampaikan dalam 1 part tu aku terpaksa berpening kepala utk letakkan benda yg sepatutnya..Lepas fikir masak2,rebus dan panggang ini lah hasilnya..

Ok perihal lagu..cehhwah..
masa buat lagu ni aku rasa jiwa aku betul2 meresap dlm kondisi lagu tu sendiri.
setiap kata yg aku tulis mmg betul2 dri hati,bkn sekadar pembayang@penyambung utk meneruskan cerita
dlm lagu 2. Aku perhati watak kawan aku,aku selit..aku hayati cinta mati,aku sisip..
untuk penulis yg kosong macam aku,yg tiada ilmu mencipta dan menulis lagu(ikut sedap hati) untuk buat semua ni  aku rasa agak memakan masa untuk benar2 menghayati dan menikmati kepuasan..
sebelum ni aku dah cakap,buat lagu ni siapa2 pun boleh buat tapi yang buat betul2 mengikut naluri hati mungkin susah..mungkin juga senang kpd mrk yg 'terer'.

Next..
lagi 1 pengalaman hebat pasal lagu ni..
lepas aku dah cek semua,teliti,buat sedikit pembetulan aku ckp dalam hati 'ok cun,dah siap'
aku rilex jap lpas 2 aku mainkan lagu gila ni..
1st ada sangkut2 ckit..biasala 2..aku main sampai habis..lpas praktis part2 yg xlancar aku try main skali lagi..
kali ni tiada sangkut semuanya ok..lancar..terang..

pengalaman bulu roma menegak..hahaha..
lagu ni satu-satunya lagu yg buat aku jd macam 2 setakat ni..
aku hayati setiap lirik dan melodi lagu ni..ntah, all in sudden..huh..!
ntahla,mungkin lagu ni ada aura macam dalm ceirta kartun naruto haha..
mungkin jugak,kalau x kenapa mereka-mereka selalu bersiul dan me'nyiulkan' lagu ni hehe...

seikhlasnya ilham dari hati...
yihhaa..!



Saturday, November 20, 2010

jarumkan benang..

Kau jarumkan benang..
kau tambakkan lautan..benang?
jarum dan benang..
kau sudah pening..pun tidak boleh..
jelas kau sudi kerana benang dan lautan..
laut yang kau tambak..
benarkan semua dan tanam dalam hati,kau jarumkan benang..
ya..ya..jarumkan benang..
pada kecepatan yang lebih perlahan,kau jarumkan benang..
cincai..kau cincai,sepuncak-puncak gunung,kau cincai..!
sedang di kota yang berstatus tinggi ini,pacakkan..kau pacakkan lah..
kau jarumkan benang~
kau jarumkan benang~
kau jarumkan benang~

Friday, November 19, 2010

Hanya Lukisan~

Di awal penciptaan..cehh...
Ni lagu aku yg ke-2.Lagu yg ntah mcmana aku bole cipta intro yg bagi aku bukan 'bole la' tapi nice,nice and nice(sebelum tu kena ingat semua yg aku tulis ni dari sudut pandangan 90 darjah aku hee)kepada yg lagi terer bab2 lagu ni mesti dorg dpt lihat kecacatan dan kekurangan lagu ni tp lg sekali 'dari pandangan aku'..masa buat lagu ni agak lama jgk la aku ter'stop' di bahagian chorus sbb aku bergelut mencari perumpamaan yg lain dari yg biasa(chorus:hanya lukisan,menjadi peneman..bla..bla..)mengelak utk melakukan sesuatu yg stereotaip.Perkataan2 cntohnya mcm 'kau seperti udara', 'seperti darah yg mengalir', 'umpama bulan/bintang' and on and on sudah terlalu sgt menerjah lubang telinga kita kan? So, muktamad!! 'hanya lukisan'..

Tu kira salah satu faktor tajuk lagu ni la..
Lain faktor,tema..
Tema lagu ni pn kalau korang baca dan fahamkan lirik memang memerlukan perkataan hanya lukisan itu sendiri.Seseorang yg jatuh hati yg hanya mampu menikmati perasaan dari jauh,bermain dengan bermacam-macam persoalan  dalam hati(tiada kaitan dgn si penulis lagu hehe..seikhlasnya ilham dari hati..)
Lagi satu,ada beberapa kali jgk la org yg 1st time dgr lagu ni ckp,dorg mcm pernah dgr lagu ni(intro especially)..ciplak?deja vu?

*seikhlasnya ilham dari hati*

Jadi kesimpulannya,sesiapa yg nk ke pulau kat tengah laut 2,pegi la....yihhaa..!!